Total Pageviews

Saturday 18 August 2012

kesayuan dan kepiluan melanda diriku.

assalammualaikum,
pagi 1syawal aku termenung sendirian,resah dan gelisah melanda hatiku ini.aku sedih atas pemergian kawan aku semasa aku form 4 dan form5.mendengar berita kematiannya pada pagi jumaat lalu akibat kemalangan jalanraya.aku begitu terkejut diatas pemergiannya.
dizaman persekolahan dahulu,arwah banyak bertanya tentang hal agama padaku,walaupun aku hanya tahu ilmu agama sedikit sahaja,aku akui arwah begitu minat mendalam mempelajari ilmu agama di atas keikhlasan hatinya.mengenang peristiwa itu,aku tertanya tanya pada diriku ini yang penuh dengan dosa,mengelumang dengan perkara negatif.aku rasa menyesal sangat,aku tidak tahu bagaimana diriku ini apabila aku dijemput tuhan dengan keadaan aku tidak bersedia.aku takut takut pada yang esa,tetapi aku tetap melakukan perkara yang dilarang.aku merasakan diriku yang pernah mempelajari ilmu agama,tetapi aku tidak amalkan.aku terfikir bagaimana arwah dialam barzah,aku takut apabila aku berada dalam kubur yang penuh kegelapan,dibaluti dengan kain putih,adakah aku bersedia?????aku takut ya allah...aku takut menghadapimu dengan keadaan kotor,aku ingin kembali kepadamu dengan keadaan yang bersih.aku ingin sangat kembali kepangkal jalan ya allah.kau berikan aku hidayahmu,aku mohon sangat agar kau berikan aku peluang,kau bagi aku petunjuk ya allah.aku harap aku berubah untuk menjadi hambamu yang soleh.aku mohon agar kau tetapkan imanku dengan islam,dekatkan aku dengan ilmu agama agar aku beroleh syafaat darimu ya allah....

Sunday 12 August 2012

rAYA!!!!RAya!!!RAYA!!!!!

ASSALAMMUALAIKUM...
lagi beberapa  hari lagi kita semua bakal menyambut hari raya aidilfitri..semoga aidilfitri ini akan disambut dengan meriah oleh anda semua.Aku juga bakal menyambut hari raya dengan penuh titisan airmata,aku tidak tahu mengapa harus aku ucapkan sebegini,mungkin aku rasa bahawa amalan terawih tahun ini amat kurang sekali..aku akui semua ini atas kesilapan ku untuk mencari rezeki hingga abaikan amalan sunat yang penuh barakah..tapi aku harap aku menjadi seorang lelaki yang bertanggungjawab pada mak ayahku.adik adikku..memang benar aku tiada rupa,aku memerlukan seseorang dalam hidupku,mungkin raya ini akan memberi sinar baru dalam hidupku...bagi anda semua,rayalah dengan gembira walaupun dalam hati berduka.

Sunday 6 May 2012

padAh aPaBiLA teRLaLu sAyANG...!!!!

cinta?sayang?rindu?kasih? semua kata kata itu tiada erti bagiku.sering saja hati ini diketuk oleh seorang wanita yang senyumannya membuat hati tertawan,sukar dilupakan,menarik perhatian.dalam ketawa dan menangis bersama sama selama beberapa bulan.tangisannya membuat hati bertambah sayang,sehingga wang dibazirkan tanpa simpanan,akhirya duka mendapat balasan.ungkapan sayang sebagai BFF.sukarnya diterma olehku.mungkin aku tidak sempurna dimatanya,tetapi aku bukan tiada perasaan.ingin dikasihi,ingin dihargai dan dihormati.wang bukan segala galanya.bagiku semua hanya untuknya.duit sudah diberi,sebagai tanda ikatan dimenterai.bermula telefon bimbit blackberry ku beri,untuk apa?untuk kesenangan dia untuk telefonku dan bermesej denganku,namun tanpa kuduga,selepas pemberianku ini,jarang sekali dia menelefonku dan bermesej denganku,mungkin kerana exam yang semakin dekat,namun akhirnya apabila aku mengambil telefon itu dengan secara tiba tiba,aku tidak menyangka,dia bbm dengan orang len sambil sayang dan baby.apakah itu sebagai satu permainan dan sandiwara.aku keliru dan menangisi setiap apa yang terjadi,begitu harga diriku dinodai dengan permainan selincah ini.itulah padah sayang terlalu sangat.aku kecewa,aku merana tidak terkata.ini lah saat tidak aku lupakan,menjadi sejarah yang pahit sekali.sedih sangat.menyesal tiada gunanya.aku tetap menunggu dengan seribu bahasa agar hubungan terjalin semula,doaku agar jodoh dapat diberkati,semoga allah memberi petunjuk agar jodoh impianku diimpikan.

Friday 30 March 2012

siApa AKu...

setiap malam kurenung malam bergelipan dengan bintang-bintang dilangit.
tanpa kusedari air mata ku mengalir.teringat kembali kisah silamku yang menyayat hati ini.aku manusia biasa,tidak sempurna dimata manusia.sering saja kesilapan kecil menjadi satu musibah bagi diriku.betapa aku merindui zaman kecilku yang mendapat kasih sayang,dimana masa itu??hatiku tertanya-tanya.adakah masa itu kembali,membuat aku ceria kembali.aduh..tidak sama sekali,aku terpaksa melalui masa kini yang sering saja aku didera tanpa banyak bicara.sakit tidak tertahan lagi,jiwaku sangat tertekan,bukannya hiburan atau mainan,tapi impian jadi satu igauan.malang diri ini,keluarga tidak mempeduli,hanya dijadikan hamba abdi.untuk keseronokan seorang hamba dimuka bumi.dibesarkan dengan satu tamparan yang hebat,aku bangun dari mimpi.bergerak mencari satu realiti,untuk membalas semua yang telah terjadi.aku bakal mengegar dunia satu hari nanti,dengan tekad dan semangat yang berkobar-kobar,aku akan buktikan pada semua.ingat kata-kataku ini.